Sokongi Anak Anda Demi Masa Depannya
- freelanceg3ts
- Dec 21, 2016
- 6 min read
Terimalah Hakikat & Sokongi Anak Anda Demi Masa Depan yang Lebih Cerah Kebanyakan ibu bapa sebenarnya mengetahui apa yang berlaku kepada anak-anak mereka tetapi menafikannya, dan perkara ini sebenarnya amat mengecewakan anak- anak mereka. Mangsa penderaan seksual kanak-kanak sangat memerlukan ibubapa yang mendengar, mempercayai dan menyokong mereka. Ibubapa perlu memainkan peranan untuk menjelaskan kepada anak- anak bahawa meskipun perkara yang menimpa mereka adalah buruk, mereka tidak bersalah dan yakinkan mereka bahawa mereka selamat bersama anda.

• Kemungkinan yang Bakal Dihadapi
Penderaan seksual daripada orang dewasa, terutamanya ahli keluarga terdekat akan menyebabkan anak- anak hilang kepercayaan dan kebergantungan kepada orang dewasa. Hal ini menjadi penghalang kepada mereka untuk mendedahkan penderaan tersebut kepada ahli keluarga yang lain, lebih- lebih lagi jika pendera merupakan seseorang yang dipercayai dan menjadi tempat mereka bergantung. Namun begitu, sekalipun pendera merupakan orang luar, mangsa tetap teragak- agak untuk menceritakan penderaan yang dialaminya.
Kanak- kanak yang menjadi mangsa juga cenderung untuk menyalahkan diri sendiri dan memilih untuk merahsiakan penderaan tersebut. Tambahan lagi, masyarakat dan budaya tempatan kita amat skeptikal terhadap kes-kes gangguan seksual. Akibatnya, mangsa- mangsa takut untuk memberitahu keluarga di samping risau akan penolakan dan spekulasi orang awam. Kanak- kanak ini juga selalunya risau seandainya keluarga mereka mengetahui perkara sebenar, mereka akan berasa tertekan. Hal ini memungkinkan mereka membatalkan niat untuk menceritakan perkara tersebut kepada ahli keluarga, demi memelihara keamanan dan ketenangan dalam keluarga.
Ahli- ahli keluarga pula perlulah bersedia untuk menghadapi tekanan. Perasaan keliru, bersalah dan marah kepada diri sendiri kerana gagal melindungi mangsa merupakan reaksi yang normal. Begitu juga reaksi berbentuk ragu- ragu dan penafian terhadap perkara tersebut. Penafian setelah mendapat tahu mengenai penderaan ini merupakan reaksi semula jadi, tetapi ahli keluarga perlu mempercayai mangsa sebagai sokongan terhadapnya. Selain itu, kenalan dan rakan- rakan juga mungkin memandang serong dan mula menjauhkan diri. Jadi, ahli keluarga perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan ini dengan penuh ketabahan. Di samping itu, masalah kewangan juga mungkin berlaku terutamanya jika pendera adalah individu yang menjadi tempat pergantungan keluarga, atau pencari nafkah keluarga.
•Apakah reaksi yang sepatutnya?
Amat penting untuk difahami bahawa reaksi seperti terkejut, keliru, marah dan tidak percaya terrhadap anak anda pada mulanya adalah perkara biasa. Mempunyai orang yang tersayang dan dijaga dengan sepenuh nyawa, didera dengan tidak berperikemanusiaan akan menyakitkan anda. Walau bagaimanapun, memilih untuk tidak mempercayai anak anda hanya akan menyebabkan mereka kecewa dan hampa. Ibubapa sepatutnya memahami bahawa reaksi anda sangat mempengaruhi emosi anak- anak. Berusahalah untuk kekal positif dan memberikan sokongan kepada anak anda. Ianya sangat penting untuk memulihkan semangat anda dan anak anda, tidak kira betapa peritnya kesakitan yang ditempuhi.
Meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada anak anda merupakan langkah yang utama dalam menyelamatkan mereka. Ibubapa selalunya cenderung untuk meragui anak- anak remaja berbanding anak- anak yang lebih muda, tetapi percayailah mereka tanpa mengira umur mereka demi kebaikan bersama. Mereka sudah berusaha mengumpul kekuatan dan menghadapi risiko yang cukup besar untuk memberitahu anda rahsia ini, hargailah ia. Hadapilah kenyataan ini walaupun pendera merupakan pasangan atau kenalan rapat anda.
Seterusnya, ketepikan dahulu kemarahan yang menguasai diri anda. Kasihanilah anak yang menjadi mangsa dengan tidak mempamerkan kemarahan anda di hadapannya. Ingatlah bahawa mereka tidak bersalah. Cubalah untuk tidak menunjukkan bahawa anda sedang terbeban dengan situasi ini kerana hal itu akan menyebabkan mereka berasa bersalah. Ibubapa perlu sentiasa kuat dan tabah agar anak anda melihat anda sebagai seorang pelindung yang dapat menyelamatkan mereka.
Akhir sekali, jika pelakunya adalah seseorang yang anda sayangi dan percayai, cuba untuk tidak menyimpan dendam kerana berasa dikhianati. Benar, pengkhianatan tersebut telah berlaku tetapi anda dan anak anda tidak bersalah, maka tidak perlulah membebankan diri anda dengan mengingati pengkhianatan yang berlaku. Melupakan hal tersebut merupakan cara yang baik untuk membantu anda meneruskan kehidupan dan menjadi lebih kuat, meskipun permulaannya pasti menyakitkan. Kekuatan dan semangat yang anda tonjolkan mampu memulihkan semangat anak anda. Ingatlah bahawa anak anda masih mempunyai masa depan yang cerah. Bantulah mereka mencapai impian dengan menjadi pendengar yang mempercayai mereka dan memberikan tindak balas yang positif.
Ingatkan diri anda bahawa anda tidak keseorangan. Carilah kaunselor dan kumpulan- kumpulan sokongan untuk anda jadikan rujukan dan tempat mengadu. Individu profesional dan berpengetahuan seperti kaunselor boleh membimbing anda untuk mengendalikan anak anda dengan lebih kepastian dan keyakinan. Seperti kata pepatah, anda tidak tahu betapa kuatnya anda sehingga menjadi kuat merupakan satu-satunya pilihan yang anda ada. Ingatlah bahawa status anda sebagai ibu bapa menjadikan anda individu yang paling berharga bagi anak anda. Jadilah ibubapa yang kuat agar dapat memberikan semangat kepada anak anda untuk pulih dari trauma yang dialaminya. Tidak kiralah betapa teruknya kesan penderaan tersebut, ibubapa yang penyayang dan memahami akan membuatkan proses penyembuhan anak anda lebih mudah. Bertindaklah dengan bijak.
Accepting the Bitter Truth
Currently, most parents are aware of what is happening to their children but deny the bitter truth, which actually frustrates the children. Survivors of children sexual abuse need more than anything else to be heard, believed and supported. It is crucial to assure the children that he/she is not bad, the things that happened to them are and that they are physically and emotionally safe with you.
What to be prepared for?
Experiencing sexual abuse from adults, particularly the close family members shatters the children’s trust and reliance towards the adults. It is harder for them to disclose the abuse to any other family members, thinking that the abuser is someone they love and rely onto. The same applies when the abuser is not a close family member, because the children still lose trust and reliance towards their parents who are supposed to be their protectors.
The abuse can also leave the children with a critical self-blaming. They are more likely to think that it is their fault, and face difficulties in trying to disclose the abuse. In our nation particularly, the cultural challenge is a great hindrance for them to tell someone in the family. Being afraid of rejection, public speculation is very normal. They also blame themselves if what they disclosed to the family eventually stresses everyone. They might end up recanting, or taking back the disclosure, simply to make everyone in the family feels better.
Tension will rise among the other family members. Feeling confused, guilty, angry, and apologetic for being unable to protect the children is common. However, being doubtful and act in denial are also normal. It is natural to doubt and deny upon first discovering the abuse, but believing the children afterwards is very much important. There is also a possible loss of friends and acquaintances, since not everyone is open minded about accepting these cases. Economic hardship may occur especially when the abuser is someone whom your family depends on, or the family breadwinner.
How to react?
It is important to understand that being shocked, confused, and angry and disbelieving your children in the start is normal. Having someone you love and safeguard with your life being inhumanely victimized hurts you and your pride both. However, staying in the state of disbelieving your children only leaves them in despair and frustrates them. Question and statement like “Are you sure?” and “I can’t believe this,” will only hurt your children even more. Parents must understand the power of your reactions towards the children’s disclosure of the abuse. No matter how painful the truth is, working on positive and supportive reactions is important for the recovery of both your children and yourselves.
The first step in rescuing your children is to believe them. Parents have the tendency to doubt the adolescents more than the younger ones, but believe them regardless of how old they are. It took them a lot of risks and courage already to disclose it to you. Face the fact, even though the perpetrator is your beloved spouse or your most trusted friend. Next, let go of your anger. Feeling angry to your children is not the right thing to do- they are innocent. Try not to even display yourselves being distressed to their condition, because that makes them feel at blame. Being strong and showing that you are communicates to your children that you are capable of protecting and rescuing them, which is really important.
Lastly, if the perpetrator is someone you love and trust, try to let go of feeling betrayed. Yes, the betrayal happened but both you and your children are innocent. Letting it go helps you to move on and be stronger although it surely hurts at first. It also helps healing your children from the betrayal. Always remember that your children still have a bright future ahead. Do not shatter their dreams by being in denial and reacting negatively.
Remind yourselves that you are not alone. Counselors and support groups are there, if you look for them. Having someone more professional and knowledgeable as references can help you handling your children with more certainty and confidence.
Like the saying goes, you never know how strong you are until being strong is the only choice you have. Remember that your status as parents makes yourselves the children’s most treasured individuals. You being strong and able to heal helps your children to recover and being strong too. No matter how damaging and long-lasting the abuse effects are, having understanding and loving parents helps making the healing process easier.
Comments